Polisi Dan Privasi

Polisi Dan Privasi

Polisi Dan Privasi

Polisi Dan Privasi Nur Tawakal Sdn Bhd

Nur Tawakal Sdn Bhd (1429703-T) mengambil serius terhadap perlindungan maklumat peribadi dan privasi ahli.

Kami telah menetapkan di bawah maklumat mengenai pemprosesan kami terhadap maklumat peribadi anda, hak anda dan bagaimana anda boleh menghubungi kami jika anda inginkan maklumat lebih lanjut.

Apabila kami mengatakan maklumat peribadi , kami bermaksud maklumat tentang anda seperti nama anda ,tarikh lahir dan butiran komunikasi. Kami mengumpul maklumat peribadi daripada anda yang perlu bagi kami sama ada untuk memberikan anda produk atau perkhidmatan yang anda minta atau mematuhi keperluan undang-undang atau kontrak . Sebaliknya jika anda tidak dapat memberikan maklumat peribadi tertentu yang di perlukan bagi kami untuk menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda,kami tidak akan dapat memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan itu.

Kami mungkin mengubah Polisi dan Privasi ini dari masa ke semasa dengan mengemas kini halaman Polisi Dan Privasi kami di laman web kami. Apa – apa perubahan, kemas kini atau pengubahsuaian kepada Polisi Privasi kami akan dimaklumkan di laman web kami. Oleh itu, sila periksa Polisi dan Privasi kami dari semasa ke semasa di laman web kami, kerana versi Polisi dan Privasi kami yang dipaparkan di laman web kami di jadikan keutamaan ke atas semua Polisi dan Privasi kami versi sebelumnya.

Maklumat Peribadi Yang Diproses

  1. Butiran peribadi dan komunikasi seperti pekerjaan, nama, dan nombor telefon.
  2. Tarikh lahir, jantina dan/atau umur anda.
  3. Taraf kewarganegaraan anda (jika berkaitan dengan produk atau perkhidmatan).
  4. Ahli keluarga (jika berkaitan dengan produk atau perkhidmatan).
  5. Rekod komunikasi anda dengan kami seperti melalui nombor telefon pusat khidmat pelanggan kami dan, jika anda berhubung dengan kami atas talian menggunakan perkhidmatan atas talian kami atau melalui aplikasi telefon pintar kami.