Polisi Bayaran Balik

Polisi Bayaran Balik

Polisi Bayaran Balik

Keahlian Kami Sah Selama 30 hari.

Jika tempoh 30 hari telah berakhir dari tarikh pendaftaran keahlian, anda tidak layak untuk membuat tuntutan pemulangan wang.

Bagi melayakkan anda untuk mendapatkan pemulangan wang anda kembali, anda hendaklah membuat tuntutan secara bertulis atau email kepada syarikat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran keahlian.

Bagi melengkapkan proses pemulangan wang anda, anda di kehendaki untuk mengemukkan resit atau bukti pembayaran keahlian.

Setelah permohonan anda di terima dan diperiksa, kami akan memaklumkan kepada anda melalui email, panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas(sms) atau WhatsApp bagi memberitahu anda bahawa kami telah menerima permohonan anda. Kami juga akan memaklumkan kepada anda tentang kelulusan atau penolakan bayaran balik anda.

Setiap permohonan pembatalan keahlian hendaklah dikemukakan oleh pemunya keahlian sahaja tanpa ada wakil yang boleh mewakili pemilik keahlian untuk membatalkan pendaftaran keahlian kecuali atas sebab sebab tertentu yang mana pemunya tidak dapat hadir di sebabkan masalah kesihatan yang serius dan pemilik keahlian tidak dapat melakukan proses pembatalan dengan sendiri.

 

Tempoh Bayaran Balik (jika berkenaan)

Tempoh bayaran balik adalah selepas 30 ke 60 hari dari tarikh kelulusan permohonan anda (bergantung pada proses pembatalan keahlian).